Friday, February 20, 2009

~Akad nikah Setelah menganut islam~

Soalan: Apakah pasangan suami isteri bukan Islam perlu bernikah semula secara Islam setelah mereka menganut Islam? Bagaimana pula dengan anak mereka, perlukah di'bin'kan kepada bapa atau kepada 'Abdullah'?

Jawapan: Jika akad perkahwinan suami isteri telah sempurna sebelum Islam, kemudian kedua suami isteri masuk Islam, maka jika akad nikah yang diadakannya sesuai dengan akad nikah yang ada dalam Islam maka hukumnya sah. Pada zaman Rasulullah, bahawa Atikah binti Walid bin Mughirah masuk Islam mendahului suaminya beranama Sufwan bin Umaiyah lebih kurang sebulan sebelumnya. Kemudian suaminya menyusul memeluk Islam, maka Rasulullah SAW tetap mengakui ikatan perkahwinannya.
Anak seorang lelaki yang kahwin secara sah tetap di "bin" kan dengan bapanya walaupun perkahwinannya ketika masih zaman kafir. Begitu juga jika anaknya saja masuk ke dalam Islam maka anak tersebut tetap di "bin" kan dengan nama bapanya bukan dengan Abdullah seperti yang menjadi kebiasaan masyarakat melayu kita. Begitulah amalan yang dilakukan para sahabat Rasulullah SAW yang tetap menggunakan nama bapanya walaupun setelah mereka memeluk Islam. Wallahu a'lam.

diary ini mula berfungsi

Hari ini Hari pertama aku buat blog melalui blogspot, sebelum nie aku hanya di blogdrive ajer, saje nak tukar angin . c my blog every day ya...